Thursday, August 5, 2010

Erti Sebuah Family !






“ADALAH saya, Azizan bin Ahmad, suami kepada Zaharah bt Mat Zain yang telah menerima tanggungjawab, dengan ini menyerahkan kepada isteriku dengan mas kahwin sebanyak RM seluruh hidupku( aku hantam ja. mana aku ada msa abah nikah ngn mak . adoi yai) tunai. Oleh itu, hendaklah kamu, isteriku, menunjukkan taat setia kepadaku sebagai suami dengan mengikut segala perintah dan nasihatku selagi mana ianya tidak bercanggah dengan hukum Islam dan Undang-Undang Negara,” lafaz Azizan dengan suara yang perlahan dan tenang. Kemudian dia beralih kepada Zaharah yang telah sah menjadi isterinya. Tangan dihulur, dan Zaharah mencium lembut tangan suaminya.

Zaharah membetulkan simpuhnya. Dengan tenang dia menerima mas kahwin daripada suaminya dan melafazkan ikrar sakinah yang tertera di atas kertas di hadapannya.

“Adalah saya Zaharah bt Mat Zain, isteri kepada kekanda dengan penuh kesyukuran menerima mas kahwin ini sebagai tanda ikatan murni dan suci dan akan menumpukan sepenuh perhatian terhadapmu dan taat setia yang tidak berbela
h bahagi kepada kekanda, dan adinda mengharapkan kepada kekanda agar sentiasa memberi bimbingan dan nasihat serta tunjuk ajar demi kepentingn dan kebahagiaan bersama.
Semoga Allah merestui perkahwinan kita,” lafaz Zaharah
dengan suara yang penuh dengangetaran.

Ini adalah lafaz penyerahan mas kahwin dan penerimaan mas kahwin oleh pasangan pengantin baru tersebut. Sebelum itu, bapa Zaharah
juga melafazkan penyerahan tanggungjawab beliau sebagai
bapa kepada menantunya, agar dapat menjaga anak perempuannya dengan baik. Begitu juga dengan ibu Zaharah
sendiri yang mengucap lafaz pesanan ibu kepada Zaharah
yang baru bergelar isteri. Lafaz itu pula dijawab oleh Zaharah
melalui lafaz ucapan terima kasih anak, iaitu Zaharah
sebagai anak mengucapkan terima kasih kepada ibunya yang selama ini membimbing dan menjaganya dengan baik.


Apakah yang dimaksudkan dengan lafaz ikrar sakinah? Apa pula
yang digambarkan sebagai keluarga sakinah? Bagaimana pula caranya untuk menjadikan sesebuah keluarga itu sebagai keluarga ‘sakinah mawaddah wa-rahmah’?

tahun 2010 adalah tahun ke 28 mereka mendirikan rumahtangga !
mereka dikuruniakan 6 0rg anak ..
1. Nurzaatil Ismah Azizan. telah berkahwin bersama Mohd Hafiz b Abd Rahman


2. Muhammad Afif b.Azizan . telah berkahwin bersama Nurulaliah
bt Mahat n ada sorg anak Muhammad Adam Iskandar.









3. Muhammad Aiman b Azizan. UiTM shah Alam.





4. Nurnasihah bt Azizan. UIAM.





5. Nur Salsabila bt Azizan. Form4





6. Muhammad Nur Iman b. Azizan. 6 years old.






‘Sakinah’ bermaksud tenang dan tenteram. ‘Mawaddah’ pula memberi erti bahagia. Manakala ‘wa-rahmah’ menyatakan maksud mendapat rahmat atau bahagia. Lantunan daripada takrifan dan gambaran yang dipaparkan melalui perkataan-perkataan itu menghubungkan kita dengan sebuah ayat al-Quran, surah Ar-Rum, ayat 21, yang bermaksud: “Dan di antara tanda-tanda-Nya bahawa Dia menciptakan jodoh untuknya daripada dirimu (bangsamu) supaya kamu bersenang-senang kepadanya, dan Dia mengadakan sesama kamu kasih sayang dan rahmat. Sesungguhnya yang demikian itu terdapat tanda-tanda bagi orang yang berfikir.”

Jelas ayat di atas menyatakan tujuan perkahwinan dalam Islam adalah untuk membentuk keluarga yang sempurna. Ini bermakna, keluarga sakinah bukan sahaja beerti keluarga yang tenang dan bahagia tetapi lebih daripada itu, iaitu perlunya cinta yang diberikan oleh suami kepada isteri dan keluarga dan juga sebaliknya, iaitu cinta dan taat setia isteri yang tiada berbelah bahagi terhadap suami dan keluarganya.

Lafaz ikrar sakinah yang dilaksanakan semasa upacara akad nikah memberi impak yang besar kepada permulaan pasangan melayari hidup sebagai suami dan isteri. Malah penyerahan dan penerimaan tanggungjawab yang berlaku dalam lafaz tersebut akan menginsafkan dan menyedarkan pasangan yang baru dan sudah lama berkahwin untuk sentiasa patuh pada tanggungjawab yang telah digariskan oleh syariat.

Bukan mudah untuk membentuk sebuah keluarga agar menjadi keluarga yang sakinah. Namun, kesukaran dalam usaha mencari sakinah dalam hidup tidak akan terasa jika setiap manusia tahu tanggungjawab masing-masing sesama manusia dan juga kepada Allah s.w.t.

Keruntuhan rumah tangga, kecurangan suami atau isteri, keruntuhan akhlak remaja, perlakuan sumbang, dan keruntuhan moral org islam sekarang dah makin berleluasa.
Tapi masih ada yg cuba perbaiki keadaan ini dgn cara yg betul. xsemua manusia mampu lakukan semua bnda becara positif !


Allah s.w.t menjadikan setiap ciptaanNya berpasang-pasangan. Malam dan siang, langit dan bumi, daratan dan lautan . Firman Allah s.w.t dalam Surah Yasin, ayat 36 yang bermaksud: “Maha suci Allah yang menjadikan semua berpasangan dari sesuatu yang tumbuh di bumi, dari mereka (manusia) dan daripada sesuatu yang mereka tiada mengetahui.”

Seseorang yang telah mengambil keputusan untuk mendirikan rumahtangga harus sedar dan tahu kewajipan dan tanggungjawab yang akan dilaksanakan kelak. Membina sebuah keluarga bukan semudah yang disangka. Pelbagai ilmu dan pengalaman harus dikutip sepanjang tempoh perkahwinan sehingga ke akhir hayat. Yang paling penting, setiap pasangan sama ada suami atau isteri malah termasuk juga anak-anak tahu tanggungjawab dan peranan masing-masing.

Suami diberi tanggungjawab yang amat besar sebagai pemimpin keluarga. Kepimpinan seorang suami bukan bermakna dia berkuasa melakukan apa sahaja. Apa yang dimaksudkan sebagai kepimpinan ialah seorang suami yang mampu memberi nafkah zahir dan batin kepada isterinya. Melayan isterinya serta keluarganya dengan baik, menjadi pelindung kepada keluarganya dan yang paling penting harus menjadi pendakwah dalam keluarganya.

Suami harus mempunyai pekerti yang baik, menjaga setiap perlakuan dan sentiasa muhasabah diri. Akhlak yang baik ini akan menjadi ikutan kepada isteri dan anak-anaknya kelak. Rasullullah s.a.w bersabda yang bermaksud: “Hendaklah kamu memberi nasihat yang baik terhadap perempuan (isteri) dengan cara yang baik, sesungguhnya mereka dijadikan daripada tulang rusuk paling atas. Sekiranya kamu cuba untuk meluruskannya, maka ia akan patah. Sekiranya kamu biarkan nescaya ia akan berterusan dalam keadaan bengkok.”


Kemuliaan dan keindahan dalam keluarga wujud hasil daripada nilai cinta kepada Allah secara berterusan.

.
.
Keluarga INI juga cuba mnjadi kluarga yg baik dan sakinah.
Azizan n Zaharah cuba melengkapkan keperluan keluarga mereka.
mereka bekerja keras siang dan malam bagi memstikan anak2 mereka hidup sempurna biar kan lewat sedikit.
mereka menghantar anak mereka ke sekolah agama dgn harapan anak mereka menjadi anak yg taat !
itu antara usaha mereka. setelah lama berusaha.
dlam tahun 2009 . keluarga mereka mula stabil..ALHAMDULILLAH !
.
.
TAPI ! ...
.
.
Sebagai manusia biasa didunia ini..
kita akan diuji.
maka ALLAH swt telah mguji kluarga mereka dgn ujian yg amat berat .
namun. aku sebagai anak yg d beri didikan agama dri kecil .
amat yakin. bahawa ALLAH swt hanya ingin mguji kami.
mungkin dalam mngecap kehabagiaan hidup itu kami lupa padaNya !.
ALLAH rindu kan kami yg meminta2 daripdnya.
maka. apabila ini semua terjdi. kami lebih dekat dgn nya.
memohon pertolongn. petunjuk driNya ! .
.
.
.
yA ALLAH . Kau selesaikan lah smua ini sebaik mungkin...
berikan lah kami pnyelesaian yg baik. sesungguhnya engkau maha mgetahui.
aku bermohon padamu.
amin2 ya rabbal alamin...
.
.
p/s. doakan lah keluargaku wahai pembaca2 yg terbaca post aku nie,. tq !

No comments:

Post a Comment