Monday, December 13, 2010

habis la saya !!

salam .
mood : -menulis kerana cuak-
hari nie . 14/12/2010
hari cuak sedunia !!!
ar. kemarin sir mohe bawak p jaln2 .
hari nie dia godam cukup2.
point : melayang 5 marks aku .
ini untuk subjek contemporary issues in muslim world.
WORLD MAP KUIZ .
*sir ckp nma negara . kami point kat map tue . dah la kcik2 semua negara tue !!
uwa ! xmau2..
kls bermula pkoi 11.. aku pon p la office dia.
bukn aku sorg ja . sekali dgn semua bebudak kls aku yg lain ..
aku geledah hbis semua world map tue .
dgn takutnya kami . dgn beraninya dia .
dia pnggil kami sorg2 .
nama aku !!!!!
aku msuk . ~!@#$%%^&**(&%@!~
*perkataan xpaham tue adalah masa berlakunya map .
aku keluar . KOSONG .
ha . ! tue la markahnya . padan muka . hahahha...
macam mna nie klu dah x elok subjek nie .
hbis la pointer aku !
dah2 .
tue ja la yg aku mmpou nk ckp . perasan aku .
TAKUT ! SEDIH !
.
.
ha . pasai bnda lain plk . huhu
..
erm . exam esok . lusa . tulat !
assignment 2 lagi kna hntar mggu nie jugk .
2 yg dah lepas tue Alhamdulillah .
tapi nasib blum tahu lagi . esok kau tahu la nasib korg .
untuk subjek psychology .
uwa !!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!
selamat tinggal semua .

Monday, December 6, 2010

selamat datang tahun baru hijrah !

Bismillah, walaupun sudah banyak di blog orang lain tentang doa awal dan akhir tahun, tapi gak ada salahnya ikut post juga di blog ini. Ga ada maksud ikut2an, cuma sebagai pengingat diri saja.

semoga diberkati Allah swt . amin .

Doa Akhir Tahun

Bacalah doa ini tiga kali saat menjelang akhir tahun baru Islam, bisa dilakukan sesudah ashar atau sebelum maghrib pada tanggal 29 atau 30 Dzulhijah. Dengan doa ini kita memohon ketika kita akan mengakhiri perjalanan tahun yang akan ditinggalkan ini akan mendapatkan ampunan dari Allah Swt. atas perbuatan-perbuatan yang dilarang oleh-Nya, dan apabila dalam tahun yang akan ditinggalkannya itu ada perbuatan-perbuatan yang diridhai oleh Allah Swt yang kita kerjakan, maka mohonlah agar amal shaleh tersebut diterima oleh Allah Swt.

Doa Akhir Tahun

Bismillaahir-rahmaanir-rahiim

Wa shallallaahu 'ala sayyidinaa Muhammadin wa 'alaa aalihi wa shahbihii wa sallam.

Allaahumma maa 'amiltu fi haadzihis-sanati mimmaa nahaitani 'anhu falam atub minhu wa lam tardhahu wa lam tansahu wa halamta 'alayya ba'da qudratika 'alaa uquubati wa da'autani ilattaubati minhu ba'da jur'ati alaa ma'siyatika fa inni astaghfiruka fagfirlii wa maa 'amiltu fiihaa mimma tardhaahu wa wa'adtani 'alaihits-tsawaaba fas'alukallahumma yaa kariimu yaa dzal-jalaali wal ikram an tataqabbalahuu minni wa laa taqtha' rajaai minka yaa karim, wa sallallaahu 'alaa sayyidinaa Muhammadin Nabiyyil ummiyyi wa 'alaa 'aalihii wa sahbihii wa sallam
Artinya:
Dengan menyebut nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.
Semoga Allah melimpahkan rahmat dan keselamatan kepada junjungan kami Nabi Muhammad SAW,beserta para keluarga dan sahabatnya. Ya Allah, segala yang telah ku kerjakan selama tahun ini dari apa yang menjadi larangan-Mu, sedang kami belum bertaubat, padahal Engkau tidak melupakannya dan Engkau bersabar (dengan kasih sayang-Mu), yang sesungguhnya Engkau berkuasa memberikan siksa untuk saya, dan Engkau telah mengajak saya untuk bertaubat sesudah melakukan maksiat. Karena itu ya Allah, saya mohon ampunan-Mu dan berilah ampunan kepada saya dengan kemurahan-Mu.
Segala apa yang telah saya kerjakan, selama tahun ini, berupa amal perbuatan yang Engkau ridhai dan Engkau janjikan akan membalasnya dengan pahala, saya mohon kepada-Mu, wahai Dzat Yang Maha Pemurah, wahai Dzat Yang Mempunyai Kebesaran dan Kemuliaan, semoga berkenan menerima amal kami dan semoga Engkau tidak memutuskan harapan kami kepada-Mu, wahai Dzat Yang Maha Pemurah.
Dan semoga Allah memberikan rahmat dan kesejahteraan atas penghulu kami Muhammad, Nabi yang Ummi dan ke atas keluarga dan sahabatnya.

Doa Awal Tahun
Bacalah doa ini tiga kali saat kita memasuki tanggal 1 Muharam. Bisa dilakukan selepas maghrib atau pun sesudahnya. Dengan doa ini kita sebagai Mu'min memohon kepada Allah Swt. agar dalam memasuki tahun baru ini kita dapat meningkatkan amal kebajikan dan ketaqwaan.
Doa Awal Tahun
Bismillaahir-rahmaanir-rahiim
Wa shallallaahu 'alaa sayyidinaa Muhammadin wa 'alaa 'aalihi wa shahbihii wa sallam.
Allaahumma antal-abadiyyul-qadiimul-awwalu, wa 'alaa fadhlikal-'azhimi wujuudikal-mu'awwali, wa haadza 'aamun jadidun qad aqbala ilaina nas'alukal 'ishmata fiihi minasy-syaithaani wa auliyaa'ihi wa junuudihi wal'auna 'alaa haadzihin-nafsil-ammaarati bis-suu'i wal-isytighaala bimaa yuqarribuni
ilaika zulfa yaa dzal-jalaali wal-ikram yaa arhamar-raahimin, wa sallallaahu 'alaa sayyidina Muhammadin nabiyyil ummiyyi wa 'alaa 'aalihi wa shahbihii wa sallam
Artinya:
Dengan menyebut nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.
Semoga Allah senantiasa melimpahkan rahmat dan keselamatan kepada junjungan kami Nabi Muhammad SAW, beserta keluarga dan sahabatnya.
Ya Allah Engkaulah Yang Abadi, Dahulu, lagi Awal. Dan hanya kepada anugerah-Mu yang Agung dan Kedermawanan-Mu tempat bergantung.
Dan ini tahun baru benar-benar telah datang. Kami memohon kepada-Mu perlindungan dalam tahun ini dari (godaan) setan, kekasih-kekasihnya dan bala tentaranya. Dan kami memohon pertolongan untuk mengalahkan hawa nafsu amarah yang mengajak pada kejahatan,agar kami sibuk melakukan amal yang dapat mendekatkan diri kami kepada-Mu wahai Dzat yang memiliki Keagungan dan Kemuliaan. Semoga Allah senantiasa melimpahkan rahmat dan keselamatan kepada junjungan kami Nabi Muhammad SAW, Nabi yang ummi dan ke atas para keluarga dan sahabatnya.


~saya menge'post' doa ini kerana . ianya amat penting ~
semoga apa sahaja yg di ingini termakbul . amin.
semoga dengan bertamabhnya tahun ini . maka bertambah lah iman kita .
amin3. di ampunkan segala dosa yg lalu . ~

:)
barakallahhu lakum . amin !

Friday, December 3, 2010

jadi tunaang orang tanpa sedar ?

Jika seorang lelaki menyatakan hasrat kepada seorang perempuan untuk dijadikan isteri dan wanita itu bersetuju, adakah ia dikira bertunang walaupun ibu bapa perempuan itu belum tahu atau tidak kenal pihak lelaki?

Jawapan

Makna pinang dari segi syarak adalah pihak lelaki menyatakan hasrat berkahwin kepada pihak perempuan. Apabila pihak perempuan berkata setuju, maka perempuan itu sudah dikira menjadi tunang kepada lelaki tersebut.

Contohnya apabila seorang lelaki berkata kepada seorang perempuan, "Aku ingin jadikan kamu sebagai isteriku."

"Kahwin la dengan kita bila-bila," jawab perempuan tersebut.

Maka dari segi hukum syarak, tatkala pihak perempuan itu bersetuju, dia telah menjadi tunang kepada lelaki tersebut; walaupun ia disebut dalam telefon.

Jadi, haram bagi lelaki lain untuk masuk meminang jika hal itu diketahui. Namun jika pihak lelaki lain yang ingin masuk meminang itu tidak tahu, maka ia tidak haram.

Bagaimana dengan kebiasaan orang Melayu yang menghantar rombongan meminang untuk lelaki meminang perempuan?

Ia hanyalah adat Melayu, dan tiada kena mengena dengan hukum Islam. Antara hukum Islam dan hukum adat, mana satu lebih penting?

Namun tiada masalah dengan adat Melayu itu, cuma dari segi hukum Islam, bertunang itu adalah apabila seorang perempuan itu bersetuju dengan hasrat pihak lelaki untuk menjadikannya seorang isteri.

Bagaimana Jika Perempuan Itu Ketiadaan Ibu Dan Ayah?

Mengikut hukum syarak, jika perempuan itu persetujuannya sudah diizinkan oleh syarak seperti perempuan yang cerdik, yang sudah baligh dan sebagainya, ia sudah dianggap bertunang jika dia bersetuju dengan pelawaan lelaki yang menyatakan hasrat mengahwininya.

Apabila perempuan itu persetujuannya tidak menepati hukum syarak seperti belum baligh, gila dan lain-lain, maka wali diperlukan untuk menjawab 'pinangan' tersebut.

Kesimpulannya, kita perlu berhati-hati kerana kita boleh menjadi tunang orang tanpa kita sedar. Pastinya ramai yang tidak tahu dan perasan akan hakikat ini.

Thursday, December 2, 2010

PSYCHOLOGY pnya pasal .

it is 5.59 am o'clock now..
i just finished subuh prayer .
.
.
i didn't sleep yet .
fuh . dah lama x buat keja mcm nie .
tiap2 mlm pon tido lmbt pkoi 3.30am atau 4am ja .
mesti tido pnya . takut tereffect dlm class nnty .
blur ja . hehhe . tapi . hari nie jumaat . xda kls .
berani la ambik risiko x tido lgsung .
klas sem nie xda jumaat . so . weekend 3 hari la . teruja .
*jgn nk belakon dah separuh sem kot xda kls hri jumaat !
hari rabu tue pon tido pkoi 4 jugk . ngantuk mlm tue .
tapi tahan . sbb xbuat preparation untuk kls esok tue .
just buat assignment smpai pkoi 1 lebih .
esok tue kls pkoi 9 . tdo sat ja.
bgun tue . mata rasa mcm kena gum . :)
.
.
.
sem nie risau sgt . lecture x da sebuln .
mlm nie . sbb risau subject psychology nie la yg berjga.
bukn esok nk exam . tapi !
miss maisarah ajar yg depan tue sikit ja hari tue .pas tue ...
dia ajar buat assignment . masa dia buat kls gnti untuk kampoi stengah chapter 1 and 2,3,4 .
saya dah blik untuk raya haji . so . x bljr la saya ..
*pengajaran : jangan keja lari balik awal ja ya NASIHAH .
jadi mlm nie saya baca ja . bagi taw apa isi kndungn tajuk tue .
saya baca 3 chapters dlm masa 5 jam . perh . rasa mcm ambik phD ..
*org buat phD beratus buku weyh .. ada hati rasa mcm tue *)
blum hapai lagi term2 dia tue . adus .
byk GILA saya baca tdi . peleeeekkkk22 plak tue .
yg saya risau risau risau sgt tue sbb hari nie 3hb dec 2010.
exam paper psychology nie jatuh pada. jeng jeng jeng .
.
.
10hb DEC 2010..
*tarikh keramat nie !!!
.
.
.
HA. ! bapa hari lagi ja . lagi satu . yg menjadikn ia kalang kabut .
exam + 5 bijik assignment berjalan serentak .
.
Alhamdulillah . satu assignment dah siap .
isnin nie nak submit ja . . (^_^)
.
saya harap sgt pointer bole naik sem nie walupon subject sem nie lagi tough dri sem lepas.
xpa . saya akan berusaha lebih sikit .
klu dah sedar diri 'kurang' . rajin2 la study ye NURNASIHAH.
.
.
harap la . mak mesti harap sgt naik . aku pon .
Apa2 pon alhamdulilah . aku x expect tinggi sekadar dpat melegakan hati .
hehhe..
tolong doakan saya ya .
*Ya Allah . kau mudahkan lah jalan bagi NURNASIHAH menuju kejayaan . aMIN. *
terima kasih . daun keladi . jgn lupa doa lagi .
.
owh ! @_@ . by the way . hari nie 2 perkara x sengaja mengingatkan kpd dia . hehe .
1) lagu nasyid . 'untuk mu yg tersyg' ... kawan pasang tdi . :))))
2) perkataan psychology . bila ulang dok taip dlm nie baru perasan . ayat dia bnyi mcm nie
" ana pon bljq jugak saikologi nie . tapi boleh tgk nasihah sorg ja .
*ok . saya rasa sya sedang zina hati . . sudah . titik . maaf.
.
.ok la . saya nak rehat ja . selamt beristirehat . assalamualaikum . byeee.. :)

Wednesday, December 1, 2010

NIKAH KHITBAH . KONSEP SEBENAR BERCOUPLE .



Dalam adat Melayu perkahwinan dimulai dengan pertunangan sedangkan mengikut cara yg diamalkan dalam masyarakat dulu iaitu nikah gantung adalah lebih menepati maksud khitbah dalam Islam bukannya bertunang. Ada orang yang menyamakan Khitbah dalam Islam sebagai pertunangan adalah tidak tepat.

Akibat dari cara khitbah yang salah telah menjadikan pertunangan sebagai asas untuk menghalalkan "coupling" (dulu disebut berdua2an atau merendet) antara lelaki dan wanita. Ada yang memberi alasan untuk ber'couple' dulu atau bertunang dulu untuk kenal mengenali satu sama lain sedangkan hubungan perkahwinan bukan isu hukum Thourndike "cuba-cuba" atau "trial and error". Ia adalah satu amanah dalam Islam. Ramai di kalangan remaja pernah mengatakan, “Alah, takkan tak boleh couple ustaz, kita ni bukan hidup zaman dulu lagi. Lagipun bukan buat apa-apa, untuk suka-suka aje!”. Ada yang berkata,"Bertunang boleh kenal hati budi, kalau tak sesuai boleh putuskan tapi kalau dah kahwin susahlah, nak bercerai malu!"

Isunya: “Siapa kata tak boleh coupling? Nak bercouple, bercouplelah, tapi kena dengan cara yang halal…iaituBERNIKAH!”.

Apabila persoalan nikah ini diutarakan, ramai yang akan memberikan respon yang skeptik. “Saya belum bekerja!", "Saya masih belajar!", "Mana nak cari duit buat belanja kahwin?”, “Ni bukan main-main, nak bagi anak orang makan apa?”, “Mak Ayah tak bagi!”, “Nak tinggal kat mana? Sapa yang nak bayar sewa rumah” dan 1001 alasan lagi. Kenapa mereka boleh beralasan untuk melakukan perkara yang halal, tetapi tidak langsung mengemukakan alasan untuk melakukan perkara yang haram? Jawapan saya bagi segala persoalan tersebut, mudah sahaja… “Kamu wajib berkhitbah!”.

Khitbah

Secara literalnya, ia membawa maksud “bertunang”. Bertunang menurut adat dan pengamalan orang Melayu adalah perjanjian di antara dua orang insan untuk berkahwin melalui proses ritual tertentu. Definisi itu jugalah yang terdapat dalam pengamalan fiqh klasik dan juga di zaman Rasulullah s.a.w. Definisi ini jugalah yang diamalkan oleh orang-orang Melayu di Malaysia. Malangnya, disebabkan kejahilan masyarakat,

hubungan pertunangan yang sekadar perjanjian semata-mata ini, akhirnya dianggap sebagai upacara untuk menghalalkan perhubungan di antara dua pihak yang bertunang. Lebih dahsyat lagi, ada di antara ibu bapa yang menyangkakan bahawa bertunang bermaksud “separuh berkahwin”. Ada pasangan yang bertunang, berpelesiran, berpegangan tangan dan juga bermadu asmara akan cuba menjustifikasikan tindakan tersebut dengan ikatan pertunangan serta mendapat restu ibu bapa kedua-dua belah pihak. Lebih menyedihkan ada yang bertunang kemudian ber'coupling' berakhir dengan keterlanjuran, kemudian putus dengan pelbagai alasan.

Khitbah menurut pengamalan orang Arab moden, terutamanya di Jordan pula amat berbeza dengan pengamalan orang bertunang secara klasikal dan juga pengamalan orang Melayu. Ia merupakan “akad nikah” dalam erti kata yang sebenar. Akad khitbah di dalam masyarakat arab pada realitinya merupakan akad nikah. Seperkara yang membezakan di antara akad nikah dan khitbah ialah kedua-dua pasangan khitbah tidak tinggal bersama sehinggalah selesai majlis perkahwinan dijalankan. Pada dasarnya, mereka berdua adalah suami isteri dan halal untuk melakukan apa sahaja yang difikirkan untuk mereka melakukannya. Di dalam masyarakat kita, pernikahan tersebut diberikan nama “nikah gantung” (bunyinya amat mengerikan?)

Jika ditukarkan nama “nikah gantung” tersebut kepada “nikah khitbah” tentu konotasi terhadap kontrak tersebut tidaklah mengerikan. Bunyinya pun agak “islamik”. Jika ia dapat diamalkan oleh kebanyakan pemuda pemudi kita hatta yang janda,duda atau yang nak berpoligami serta yang dilanda asmara dan cinta serius berkemungkinan ia boleh menyelesaikan banyak perkara yang mereka hadapi.

Nikah adalah untuk menghalalkan perhubungan dan juga membina kematangan. Yang utamanya, kedua-dua pasangan sudah halal dan sudah boleh bersama dan melakukan apa sahaja.Bunyinya agak mudah, namun realitinya tidak demikian. Sudah pasti ada ibu bapa akan tidak bersetuju. Dalam hal ini, anjakan paradigma oleh para ibu bapa amat diperlukan. Ibu bapa perlu sedar zaman anak-anak mereka kini bukanlah seperti zaman mereka dahulu. Zaman kini fitnahnya berleluasa dan kebejatan moral menggila. Lihatlah apa yang berlaku di seluruh tanah air, rasanya pendedahan oleh sebuah akhbar harian baru-baru ini mengenai aktiviti pengguguran cukup merisaukan banyak pihak. Apakah ibu bapa mengharapkan anak-anak mereka menjadi malaikat yang tidak terpengaruh dengan suasana persekitaran, rancangan-rancangan hiburan dan bahan-bahan literasi menjurus ke arah maksiat dan nafsu.

Sudah sampai waktunya para ibu bapa moden membuat anjakan paradigma. Mereka hendaklah menerima realiti jahiliah moden yang menggila ini. Mereka menghadapi dua jalan penyelesaian, sama ada menerima arus liberal dan sekular yang menghalalkan segala perhubungan bebas di antara dua jantina, dan kemudian mereka yang akan menanggung malu. Atau pilihan kedua, iaitu untuk membenarkan anak-anak mereka menikmati alam percintaan dengan cara yang halal, iaitu melalui ikatan perkahwinan. Walau bagaimanapun, membenarkan anak-anak mereka bernikah di dalam ini adalah satu risiko. Maka di sinilah peranan ibu bapa moden untuk membantu anak-anak mereka mengurangkan risiko tersebut demi menyelamatkan agama dan maruah mereka.

Saya sedang berusaha untuk menghidupkan kembali 'nikah gantung' ini dengan panggilan baru iaitu 'nikah khitbah', walaupun menghadapi sedikit masalah penerimaan. Ia semata-mata bertujuan untuk mengelakkan perkara maksiat yang boleh berlaku seperti berhubungan melalui telefon (melepas rindu dendam melalui telefon, sms, chatting, fb dll), bertemu antara pasangan walaupun ada mahram (tetap akan berlaku bertentang mata dan apa sahaja yang boleh menjadi muqaddimah kepada zina mata, tangan, hati dll.) Saya sendiri bernikah gantung (nikah khitbah) pada 7.7.1979 iaitu 6 bulan sebelum majlis kenduri. Dengan tiket nikah saya tiada masalah untuk menemui isteri atau keluar bersama-sama (ber'couple') kerana dah disahkan sebagai suami isteri (gantung-sebab tdk duduk serumah) yg lebih menepati khitbah secara Islam. Malah dengan tiket nikah itu membuatkan saya merasai beban amanah sebagai suami meskipun kami tidak serumah sementara menunggu majlis kenduri pada bulan Disember 1979. Saya mahu menjadi ibubapa yg awal pada zaman moden yang penuh kecelaruan dengan menjadikan nikah khitbah dipraktikkan oleh anak-anak saya yang belum berkahwin, insyaAllah. Doakan!!!

dipetik dari Ustaz Hashim Al-Maranji

Semoga berguna untuk hidup berlandaskan ajaran Isalam .

sesungguhnya Dia yg menciptakan kita .

Dia juga yg memberi jalan pnyelesaian.

Dia maha mengetahui . amin .

we make the decision. Allah give us the clues.


~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Bila berdekatan terasa bahagia
Tika berjauhan rindu di dada
Sering menginginkan kehadirannya
Bersama di sisi sentiasa

Baru kenal cinta
diri merasa sempurna
yang pahit jadi manis
yang sakit jadi bertenaga
Bila berdekatan terasa bahagia
Tika berjauhan rindu di dada
Sering menginginkan kehadirannya
Bersama di sisi sentiasa

Baru kenal cinta
diri merasa sempurna
yang pahit jadi manis
yang sakit jadi bertenaga

Bila berdekatan terasa bahagia
Tika berjauhan rindu di dada
Sering menginginkan kehadirannya
Bersama di sisi sentiasa

Baru kenal cinta
diri merasa begitu sempurna
yang pahit akn jadi manis
yang sakit terus bertenaga
Bila berdekatan terasa bahagia
Tika berjauhan rindu di dada
Sering menginginkan kehadirannya
Bersama di sisi sentiasa

Baru kenal cinta
diri merasa begitu sempurna
yang pahit akn jadi manis
yang sakit terus bertenaga

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

.. LURAH LA KAN . INDAH CIPTAAN ALLAH..
..DIJADIKAN SEGALANYA BERPASANG2AN..
..BUKAN JA MANUSIA. JUGA ALAM SEMESTA ..
BINATANG.. TUMBUHAN.. ETC..
..TAPI IT DEPEND ON US ...
MACAM MANA NAK PELIHARA PERKARA ITU ..
..SUPAYA IANYA JADI IBADAH ..
SEMUA BENDA DALAM DUNIA NI ALLAH CREATE FOR US..
SO , IN ORDER TI GET THE PROFIT 'LATER' ..
.. WE HAVE TO INVEST FIRST 'HERE' ...

.
HOPE WE GET THE PLACE BY HIS SIDE THERE ..
BARAKALLAHULAKUMA . MA'A TAUFIK WA NAJAH ..

SALAM SAYANG . NURNASIHAH AZIZAN .