Tuesday, May 24, 2011

dont know what to think anymore .

i got easy to angry this day .
i know what is the reason .
but i dont know how to make it easy .
i stilll have lots to think and i it become worse if i just stay in front of them .
it make me crazy .
ya Allah ples give me your guard and lead me to the right way .
ples . i just want to feel paece . that all .
i am nor in a good mood to write something longer .
ples !

Sunday, March 20, 2011

air mata hati .

PERIHAL AIR MATA

PERNAHKAH anda menangis? Jika menangis, apakah punca dan sebabnya? Menangis adalah fitrah manusia tetapi sebab tangisan akan memberikan harga dan nilai tersendiri.

Firman Allah AWT, “…dan bahawasanya DIA lah yang menjadikan orang tertawa dan menangis.” (Surah An Najm, ayat 43)

Allah yang menciptakan ketawa dan tangis, malah menciptakan sebab tercetusnya tangisan. Banyak air mata mengalir di dunia ini. Sumbernya dari mata, mengalir ke pipi terus jatuh ke bumi. Mata itu kecil namun ia tidak pernah kering. Ia berlaku setiap hari tanpa putus-putus. Seperti sungai yang mengalir ke laut tidak pernah berhenti! Kalaulah air mata itu terkepung, seperti air hujan, banjirlah dunia ini.

Ilustrasi untuk Ibnu Qayyim
10 jenis tangisan menurut Ibnu Qayyim al-Jawziyyah
1. Menangis kerana kasih sayang dan kelembutan hati.
2. Menangis kerana rasa takut.
3. Menangis kerana cinta.
4. Menangis kerana gembira.
5. Menangis kerana menghadapi penderitaan.
6. Menangis kerana terlalu sedih.
7. Menangis kerana terasa hina dan lemah.
8. Menangis untuk mendapat belas kasihan orang.
9. Menangis kerana mengikut-ikut orang menangis.
10. Menangis orang munafik iaitu pura-pura menangis.

Tangis tercela atau terpuji?
Ada juga jenis air mata yang tidak bernilai di sisi Allah SWT, malah kadangkala mendapat kemurkaan Allah. Antaranya menangis tengok filem Hindi atau menangis sehingga meratap mayat dengan meraung, memukul-mukul dada dan badan, malah merobek pakaian apabila ada kematian.

Ada pula tangisan sangat-sangat dipuji dan dituntut iaitu tangisan kerana menginsafi dosa-dosa yang lalu atau tangis kerana takut akan azab dan siksa Allah SWT.

Tangisan dapat memadamkan api Neraka
Ada jenis tangisan nampak biasa sahaja tetapi air mata yang mengalir itu dapat memadamkan api neraka. Ini disahkan oleh Rasulullah SAW dalam satu hadis yang bermaksudnya: “Tidaklah mata seseorang menitiskan air mata kecuali Allah akan mengharamkan tubuhnya dari api neraka. Dan apabila air matanya mengalir ke pipi maka wajahnya tidak akan dikotori oleh debu kehinaan, apabila seorang daripada suatu kaum menangis, maka kaum itu akan dirahmati. Tidaklah ada sesuatu pun yang tak mempunyai kadar dan balasan kecuali air mata. Sesungguhnya air mata dapat memadamkan lautan api neraka.”

Tangisan yang dimaksudkan ialah tangisan kerana takut kepada Allah. Menangis kerana menyesal atas kesalahan dan dosa, malah tangisan takut kepada azab Allah sangat bernilai di sisi-Nya sehingga air mata itu boleh memadamkan api neraka.

Air mata taubat Nabi Adam a.s.
Beliau menangis selama 300 tahun tanpa mendonggak ke langit tersangat takut dan hibanya terhadap dosa yang telah ia lakukan. Dia bersujud di atas gunung dan air matanya mengalir di jurang Serandip. Dari air matanya itulah Allah telah menumbuhkan pohon kayu manis dan pohon bunga cengkih. Beberapa ekor burung telah meminum akan air mata Adam lalu berkata, “Manis sungguh air ini.” Nabi Adam terdengar lalu menyangka burung itu mempersendakannya lalu ia memperhebatkan tangisannya.

Lalu Allah mendengar dan menerima taubat Adam dan mewahyukan, “Hai Adam sesungguhnya belum Aku pernah menciptakan air lebih lazat daripada air mata taubat mu!”

Air mata yang tidak dituntut
1. Janganlah menangis kalau tak tercapai cita-cita. Bukankah Tuhan yang telah tentukannya?
2. Janganlah menangis kerana menonton filem, itukan cuma lakonan saja.
3. Janganlah menangis kerana cinta tak berbalas mungkin dia bukanlah jodoh yang telah Tuhan tetapkan.
4. Janganlah menangis jika gagal dalam seleksi pekerjaan mungkin kita kurang membuat persediaan.
5. Jangan menangis kalau wang kita hilang di jalanan sebab mungkin kita kurang bersedekah dan beramal.
6. Janganlah menangis kalau tidak dinaikkan pangkat. Yakinlah, rezeki itu adalah pemberian Allah SWT.

Sabda Rasulullah s.a.w maksudnya: “Tidak ada sesuatu yang paling disukai Allah SWT selain daripada dua titisan dan dua kesan. Dua titisan itu ialah titisan air mata yang keluar kerana takutkan Allah SWT dan titisan darah yang tumpah di dalam perjuangan di jalan Allah. Manakala dua kesan ialah kesan berjuang di jalan Allah SWT dan kesan kerana menunaikan kefardhuan yang telah difardhukan oleh Allah.” (Hadis riwayat at-Tirmidzi)

Sesungguhnya semua amal tergantung pada niat dan amal yang sedikit tetapi dikerjakan dengan ikhlas adalah lebih baik daripada amal yang banyak tetapi tidak ikhlas. Sifat taqwa merupakan benteng yang menjadikan seseorang itu merasa dekat dengan tuhannya tanpa mengira situasi apapun ia berada sama ada di dalam kelopok orang ramai atau bersendirian. Setiap perlakuannya dipersembahkan kerana Allah.

Tanda-tanda keikhlasan iman kepada Allah itu banyak. Di antaranya ialah seseorang itu akan menangis kerana menyesali dosa-dosa yang telah dilakukannya dan menangis kerana takutkan siksaan Allah. Dan seseorang itu akan berani dalam berjihad menegakkan agama Allah hingga sanggup menghadapi kecedaraan malah menempuh syahid kerana Allah dan seseorang itu akan sabar dan tekun (khusyuk) dalam menjalankan ketaatan kepada Allah hingga terdapat kesan-kesan lebam di dahi dan anggota badannya. Semua ini merupakan ciri-ciri orang yang benar-benar beriman di mana ganjaran daripada perbuatan tersebut amat besar pahalanya di sisi Allah SWT dan diberi ganjaran di hari akhirat kelak.

Salman al-Farisi r.a berkata, sahabat-sahabatku menangis atas tiga perkara, iaitu:
1. Berpisah dengan Rasulullah dan kalangan para sahabat.
2. Ketakutan seorang yang perkasa ketika melihat malaikat Israil datang mencabut nyawanya.
3. Aku tidak tahu sama ada aku akan diperintahkan untuk ke syurga atau neraka

Air mata tanda rahmat
Sebagaimana yang telah diterangkan oleh Rasulullah SAW dalam sabda yang bermaksud, jagalah mayat ketika kematiannya dan perhatikanlah tiga perkara, iaitu :
1. Apabila dahinya berpeluh.
2. Airmatanya berlinang.
3. Hidungnya keluar cecair seperti hingus.

Kerana hal-hal tersebut menandakan rahmat Allah SWT untuk si mayat.

Dari Abu Hurariah r.a., dari Rasulullah SAW bersabda yang maksudnya, “Ada tujuh golongan yang mendapat naungan dari Allah SWT pada hari kiamat kelak, di mana tidak ada sama sekali naungan pada hari itu melainkan naungan dari Allah SWT;
1. Imam (raja atau penguasa) yang adil,
2. Pemuda yang menjadi dewasa dalam beribadat kepada Allah,
3. Orang yang hatinya tergantung di masjid,
4. Dua orang yang saling mencintai satu sama lain kerana Allah. Mereka berkumpul kerana Allah dan berpisah kerana Allah.
5. Seorang laki-laki yang dirayu oleh seorang wanita bangsawan yang cantik untuk berbuat mesum, lalu dia menolak dengan kata, ‘Aku takut kepada Allah.’
6. Orang yang bersedekah dengan diam-diam, sehingga tangan kanannya tidak mengetahui apa yang disedekahkan tangan kirinya.
7. Orang yang mengalir air matanya ketika berzikir, mengingat dan menyebut nama Allah dalam keadaan bersunyi diri kerna mengingatkan sifat Jalal dan sifat Jamal Allah SWT.”

(Shahih Muslim, diriwayatkan juga oleh Abu Daud dan Ibnu Majah)

Sucikanlah empat hal dengan empat perkara :
1. Wajahmu dengan linangan air mata keinsafan,
2. Lidahmu basah dengan berzikir kepada Penciptamu,
3. Hatimu takut dan gementar kepada kehebatan Rabbmu, dan
4. dosa-dosa yang silam disulami dengan taubat kepada Dzat yang memiliki mu.

Simpanlah air mata tangisan itu semua sebagai bekalan untuk menginsafi segala kecuaian yang melanda diri, segala dosa berbentuk bintik hitam yang menggelapkan hati hingga sukar untuk menerima hidayah dari Allah SWT.
Justeru, serulah air mata itu dari persembunyiannya di sebalik kelopak mata, agar ia menitis, membasahi dan mencuci hati, sehingga ia putih kembali dan semoga ia dapat meleburkan dosa dan mendapat keampunan-Nya

Tuesday, February 22, 2011

i applying moderation . h a h a h a .

dah lama nk update . x terupdate2. huhu..
apa yg penting ...
'krjasama' xda kena mgena la plk . huhuh..
ar . hari nie hbis exam . perhhhh...
mmg pewit la kan ..
saya takuuwwtt ..
insyaAllah xda apa2..
risaukan pointer .. ala .. chill ..
huhu .. nak buat mcm2 cuti nie , harap dapt buat .
insyaAllah nk guna untuk bnda2 baik suma . huhu.
mcm2 la nk buat .
.. nk tuntut ilmu .. nk g mna ek ...
... nk keja ... keja apa ek ...
.. nk pebaik keta mak .. guna duit mna ek ...
.. nak tolong buat keja kat mak abah .. buat apa yer...
.. nk jalan2 ngn kwan2 .. g mna ek...
.. nak buat umrah .. ha ! yg nie x boleh blah ...
p/s : mak ckp tunggu duit cukup nk g satu fmily lu .. huhuh..
.. nak mcm2 .. mcm mna ek ..
:)
erm .. suma org kan ckp kan psai kan kawen kan ..
pas tue saya rasa kan depa nie kan x tahu kan susah kan nak kawen tue kan ..
tanggung jawab kan banyak kan ..
ha ! kan kan kan .
apa cadangn nk buat ngn budak2 nie suma .
ape kate kite bako jerrrrrrrrr.. bako jerrrr.... hahahaha... x mau2..
ok la .. imah dah pengsan .. mcm x tido ja smlm . huhu :l
so so so le le le ...
saya pon nak benti dahhh...
heheh..
nak kemas2 brg lagi ! dush .. tata ..
mls la nk update sebenor nya ., tapi ksian account nie dah lama x buka .. huhu
tata .. selamat solat zohor !

saya jadikan awak idola impian saya !

myMetro | Pengasuh 400 si kecil

Monday, February 21, 2011

DASARKAN KAJIAN 25 TAHUN DATO DR. FADZILAH KAMSAH

JANUARI

-Bercita-cita tinggi dan orangnya serius
-Suka mendidik dan dididik
-Sangat mudah melihat kelemahan orang dan mudah mengkritik
-Rajin dan setiap yang dibuat nampak keuntungan dan hasil
-Suka smart, kemas dan teratur
-Bersikap tenang dan sensitif
-Berfikiran yang mendalam
-Pandai mengambil hati orang lain
-Pendiam kecuali selepas diransang
-Agak pemalu
-Daya tumpuan yang sangat tinggi
-Mudah mendisiplin diri sendiri
-Badannya sihat tetapi
-mudah diserang selsema
-Bersikap romantik tapi tidak pandai mempamerkannya
-Cukup sayang pada kanak-kanak
-Suka duduk dirumah
-Setia pada segala-galanya
-Perlu belajar kemahiran sosiaL
-Sikap cemburu yang sangat tinggi.

FEBRUARI

-Berfikiran warak
-Sukakan benda yang realiti dan abstrak
-Intelligent ,bijak dan genius
-Berpesonaliti yang mudah berubah
-Mudah menawan orang lain
-Agak pendiam,pemalu dan rendah diri
-Jujur dan setia pada segalanya
-Keras hati untuk mencapai matlamat
-Tidak suka dikongkong
-Mudah memberontak apabila dikongkong
-Suka kegiatan lasak (Kerja luar)
-Emosinya mudah terluka dan sangat sensitif
-Mudah mempamerkan marahnya (emosinya)
-Tidak suka benda yang remeh-temeh(banyak guna otak kanan)
-Suka berkawan tapi kurang mempamerkannya
-Sangat berani dan mudah memberontak
-Bercita-cita tinggi dan suka berangan-angan dan ada harapan untuk merealisasikan impiannya
-Pemerhatian yang tajam
-Suka hiburan dan sukan
-Suka benda yang bersifat seni (hindustan)
-Sangat romantik pada dalaman tetapi tidak pada luaran
-Kecenderungan pada benda yang tahyul
-Amat mudah dan boleh menjadi terlalu boros
-Belajar untuk mempamerkan emosinya

MAC

-Berpesonaliti yang menarik dan menawan
-Mudah didampingi
-Sangat pemalu dan pemendam rasa
-Sangat baik secara semulajadi(jujur,pemurah dan mudah simpati)
-Sangat sensitif kepada perkataan yang dituturkan dan alam persekitaran
-Suka pada kedamaian
-Sangat peka kepada orang lain
-Sesuai dengan kerjaya yang memberi khidmat kepada orang lain
-Tidak cepat marah dan sangat amanah
-Tahu balas dan kenang budi
-Pemerhatian dan penilaian yang sangat tajam
-Bijak dan daya ingatan yang sangat tajam
-Kecenderungan untuk berdendam kalau tidak dikawal
-Suka berangan-angan
-Suka melancong
-Sangat manja dan suka diberi perhatian yang sangat tinggi
-Kelam-kabut dalam memilih pasangan
-Suka dengan hiasan rumah tangga
-Punyai bakat seni dalam bidang muzik.
-Kecenderungan kepada benda yang baik(istimewa)
-Tidak terlalu moody

APRIL

-Sangat aktif dan dinamik
-Cepat bertindak,buat keputusan tetapi cepat menyesal
-Sangat menarik dan pandai memanjakan diri
-Punya daya mental yang sangat kuat
-Suka diberi perhatian (diberi pujian)
-Sangat diplomatik, pandai memujuk, berkawan dan pandai menyelesaikan masalah orang lain.
-Suka adventure
-Pengasih,penyayang,sopan-santun dan pemurah
-Emosi cepat terusik
-Kecenderungan bersifat dendam
-Agresif,kelam kabut(Buat kerja pantas)
-Kelam-kabut dalam membuat keputusan
-Kuat daya ingatan
-Instint power, gerak hati yang sangat kuat
-Pandai mendorong diri sendiri dan memotivasikan orang lain
-Berpenyakit disekitar kepala dan dada
-Mudah dan terlalu cemburu

MEI

-Keras hati dan degil
-Semangat dan bermotivasi tinggi
-Pandai menarik hati orang lain dan menarik perhatian
-Berfikiran tajam
-Mudah marah apabila tidak dikawal
-Perasaan yang amat mendalam
-Cantik dari segi fizikal dan mental
-Tidak perlu dimotivasikan
-Tetap pendirian tetapi mudah dipengaruhi oleh orang lain
-Mudah dipujuk
-Bersikap sistematik (otak kiri)
-Suka berangan
-Kuat daya firasat(memahami apa yang terlintas dihati orang lain tanpa diberitahu)
-Bahagian telinga dan leher mudah diserang penyakit
-Daya khayalan yang tinggi
-Berfikiran tajam
-Pandai berdebat
-Bentuk fizikal yang baik dan menarik
-Kelemahan sistem pernafasan
-Suka sastera, seni dan muzik serta melancong
-Tidak berapa suka duduk dirumah
-Tak mempunyai ramai anak
-Tak boleh duduk diam
-Rajin dan bersemangat tinggi
-Agak boros

JUN

-Berfikiran jauh dan berwawasan (intelektual)
-Mudah tertawan kerana sikap baik
-Berperangai yang lemah lembut
-Mudah berubah sikap, perangai, idea atau mood
-Idea yang terlalu banyak didalam kepala
-Bersikap sensitif
-Otaknya aktif (sentiasa berfikir)
-Sukar melakukan sesuatu dengan segera
-Bersikap suka menagguh-nangguh
-Bersikap terlalu memilih dan mahukan yang terbaik
-Cepat marah tapi cepat sejuk
-Suka bercakap dan berdebat
-Suka buat lawak dan bergurau
-Otaknya cerdas dan berangan-angan
-Mudah dan pandai berkawan
-Orangnya sangat tertib
-Pandai mempamerkan sikap
-Mudah kecil hati
-Mudah kena selsema
-Suka berkemas
-Cepat rasa bosan
-Bersikap terlalu memilih dan cerewet
-Kurang mempamerkan perasaan
-Lambat nak sembuh apabila hatinya terluka
-Suka barangan berjenama
-Kedegilan yang tidak terkawal

JULAI

-sangat seronok didampingi
-banyak berahsia dan sukar dimengerti (lelaki terutamanya)
-agak pendiam kecuali dirangsang
-ada harga dan maruah diri
-tak suka menyusahkan orang lain tapi tidak marah apabila disusahkan
-mudah dipujuk dan bercakap lurus
-sangat menjaga hati orang lain
-sangat peramah
-emosi sangat mendalam tetapi mudah terluka hatinya
-berjiwa sentimental
-jarang berdendam
-mudah memaafkan tetapi sukar melupakan
-tidak suka benda yang remeh temeh
-sangat peka, caring, mengasihi sayang
-membimbing cara fizikal dan mental
-layanan yang serupa dengan semua orang
-tinggi daya simpati
-pemerhatian yang sangat tajam
-suka menilai orang lain dengan pemerhatiannya
-mudah dan rajin belajar
-suka muhasabah diri
-suka mengenang peristiwa lama atau kawan lama
-sensitif tapi lambat untuk pulih
-suka mendiamkan diri
-suka tunggu kawan tapi tak cari kawan
-tak agresif, kecuali terpaksa
-lemah dari segi kesihatan perut
-mudah terkena kanser payudara
-mudah gemuk kalau tak kawal diet
-suka duduk di rumah
-terlalu mengambil berat
-rajin dalam membuat kerja

OGOS

-suka berlawak
-orang yang mudah tertawan kepadanya
-sopan santun dan caring terhadap orang lain
-berani dan tidak tahu takut
-orangnya agak tegas dan bersikap kepimpinan
-pandai pujuk orang lain
-terlalu pemurah, tetapi bersikap ego
-nilai harga diri yang sangat tinggi
-dahagakan pujian-pujian
-cepat marah dan mudah mengamuk
-mudah marah apabila cakapnya dilawan
-mudah kasihan pada orang lain
-cepat cemburu
-daya pemerhatiannya tajam dan teliti
-fikiran yang mudah berdikari
-suka memimpin dan dipimpin
-sifat suka berangan-angan, berbakat dalam bakat senilukis, hiburan dan silat
-cepat sembuh bila ditimpa penyakit
-belajar untuk relaks
-ada sikap kelam kabut juga
-romantik, pengasih dan penyayang
-suka mencari kawan
-cepat berfikir dan teliti

SEPTEMBER

-sangat bersopan santun
-mudah bertolak ansur
-sangat cermat teliti dan teratur
-suka menegur kesilapan orang lain dan mengkritik
-pendiam tapi pandai bercakap
-sikapnya sangat cool
-sangat baik dan mudah simpati
-sangat prihatin dan berperinci
-amanah, setia dan jujur
-kerja yang dilakukan sangat sempurna
-sangat sensitif yang tidak diketahui
-orangnya banyak berfikir tapi pendiam
-daya pentaakulan yang baik
-otak bijak dan mudah belajar
-suka mencari maklumat
-kawal diri dari terlalu mengkritik
-pandai mendorong diri sendiri
-mudah memahami orang lain (daya firasat yang tinggi)
-simpan rahsia
-suka sukan, hiburan dan melancung
-kurang menunjukkan perasaannya
-luka hatinya sangat lama disimpan
-terlalu memilih pasangan
-sukakan benda yang luas
-kerja bersistematik

OKTOBER

-cukup seimbang
-suka kepada orang yang sayang padanya
-suka ambil jalan tengah
-sangat menawan dan sopan santun
-kecantikan luar dan dalam
-tidak pandai berbohong dan berpura-pura
-mudah rasa simpati, baik dan pentingkan kawan
-sentiasa suka berkawan
-hatinya mudah terusik, tapi merajuknya tidak lama
-ada kala cepat marah
-macam mementingkan diri sendiri
-tidak menolong orang kecuali diminta
-suka melihat dari perspektifnya sendiri
-tak suka terima pandangan orang lain
-emosi yang mudah terusik
-suka berangan-angan dan pandai bercakap
-emosi yang kelam kabut
-daya firasat yang sangat kuat (terutamanya perempuan)
-suka melancong, bidang sastera dan seni
-pengasih, penyayang dan lemah lembut
-romantik dalam percintaan
-mudah terusik hati dan cemburu
-ambil berat tentang orang lain
-suka kegiatan luar
-sukakan keadilan
-boros dan mudah dipengaruhi persekitaran
-ada kalanya mudah patah semangat

NOVEMBER

-banyak idea dalam kepala
-sukar untuk dimengerti atau difahami sikapnya
-berfikiran terkehadapan
-berfikiran unik dan bijak
-penuh dengan idea-idea baru dan luar biasa
-pemikiran yang tajam
-daya firasat yang sangat halus dan tinggi
-bagus untuk jadi doktor dan kerjaya yang hampir menyamai
-cermat dan teliti
-dorongan seks yang agak tinggi
-personaliti yang dinamik
-sifat yang berahsia, pandai mencungkil dan mencari rahsia
-banyak berfikir, kurang bercakap tetapi mesra
-berani, pemurah, setia dan banyak kesabaran
-terlalu degil dan keras hati
-apabila hendakkan sesuatu, diusahakannya sampai berjaya
-tidak suka marah kecuali dikacau dan digugat
-mudah ambil berat tentang orang lain
-pandai muhasabah diri
-cara berfikir lain daripada orang lain
-otaknya sangat tajam
-pandai mendorong diri sendiri
-tidak hargai puji-pujian
-kuatan semangat dan daya juang yang sangat tinggi
-apabila hendak sesuatu cuba sampai berjaya
-badan yang tough
-kasih sayang dan disayangi sangat mendalam
-romantik
-yakin dengan hubungan kasih sayang
-suka duduk di rumah
-sangat rajin berkemampuan yang tinggi
-amanah, jujur dan setia dan pandai berahsia
-tidak berapa berjaya dalam mengawal emosi
-bercita-cita tinggi

DISEMBER

-sangat setia dan pemurah
-bersifat patriotik
-sangat aktif dalam permainan dan pergaulan
-sikap kurang sabar, kelam kabut dan tergesa-gesa
-bercita-cita tinggi
-suka menjadi orang yang berpengaruh dalam organisasi
-sangat menarik dan seronok didampingi
-suka bercampur dengan orang lain
-suka dipuji
-diberi perhatian dan dibelai
-sangat jujur, amanah dan bertolak ansur
-tidak pandai berpura-pura
-ada kalanya cepat marah
-perangai yang berubah-ubah
-tidak ego walaupun harga diri yang sangat tinggi
-benci kepada kongkongan
-pandai buat lawak dan berfikir dengan logik
.
.
wah ! org lahir buln jun perangai sama ka?
ada la jugk yg btoi .
huhuhu